Thursday 30 June 2011

Jalan raya di sekitar Kuala Lumpur masih teruk!


'Sudah la jalan kat KL asik jam je jalan raya plak mcm nk makan org,berlubang sini sana.Lubang dh la bsr pastu bleh panjang lak lubang tu mcm nk wat batas tnm sayur.Mcm kat dpn psr borong Selayang(Under DBKL) bleh wat tmpt parking lak kt tepi jln besar makin jem la jln tuuu!!Aku byk kali lalu situ kol 6am jln sesak gle,3pm pun trafic jam dpn Warta Lama lalu mlm pun sesak jgk,klau hujan siap banjir jln tu TP MCM XDE PIHAK YG BRTANGGUNGJAWAB NMPK XKAN NK KNE COMPLAIN BRU NK BUAT KEJE!!!! APE PUN TAK BOLEH LA!!
Dengan masalah kesesakan lalu lintas yang tidak pernah selesai ditambah lagi keadaan jalan yang kualitinya boleh dipersoalkan menyukarkan penduduk ibu kota menjalani kehidupan dengan selesa.
Banyak jalan raya di sekitar ibu negara yang teruk berlubang, bertampal dan tidak rata.
Keadaan permukaan jalan yang beralun dan tidak rata boleh menjejaskan keadaan tayar kenderaan sehingga boleh menyebabkan risiko berlakunya kemalangan.

Kerosakan jalan berhampiran Pasar Borong Lama Selayang dan Jalan Setapak-Wangsa Maju jelas menunjukkan bahawa kualiti jalan raya di ibu negara masih rendah.
Begitu juga jalan lain di sekitar ibu negara seperti Jalan Jelatek, Jalan Ampang menuju ke KLCC dan Chan Sow Lin amat menyedihkan.
Ini tidak termasuk jalan-jalan sekitar kawasan perumahan ibu negara yang menghadapi masalah serupa.
Kebanyakan jalan rosak disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan tidak sempurna.
Jika jalan raya menjadi ukuran, Kuala Lumpur sememangnya belum setanding dengan bandar raya terkemuka dunia lain seperti Tokyo, London atau New York bahkan Singapura sekalipun.