Monday 11 July 2011

Ape pun tak boleh...

haha.........

Perhimpunan Haram???????

Ape perhimpunan haram tu?????

Mat rempit pusing2 tmn..

Asl bdk2 moto suke pusing tmn nek moto??
Xkan jalan kat tmn pun nk wat litar lumbe.....
Mcm kat Taman Metopolitan Kepong(Tmn Layang2) setiap petang budak2 yg baru nk kenal dunia ni lpk2 ats moto je...lagi2 bdk melayu.
lepas lpk pastu pusing taman nek moto yang kluarkan asap!!!
Org dtg ctu nk joging bknnyer nk mkn asap...
Tiap ptg dtg taman tp bukan nk jogging or wat aktiviti yg sihat tp cume duduk buang masa pastu menyusahkan org...

Sunday 10 July 2011

Bukit dh botak....

Dulu mase kecik2 ssh nk nmpk bukit di botakkan untuk tujuan perumahan..
Tp skarang lalu je kat mne2 jln tpi bukit or dkt ngan bukit mesti nmpk bukit digondolkan secara besar-besaran..
Mcm kat dpn McD taman melati dulu lalu sejuk je walaupun jln sesak tp skang bukit dh botak bler lalu situ rase pns gler...dh la pns asap kenderaan mkin byk smpi ssh nk bernafas...klau ade pokok xla sesak nfs sbb pokok mengeluarkan oksigen!!
Manusia lebih perlu oksigen untuk hidup bknnyer rumah mewah yg dibina di lereng bukit tu!!!!

Sungai kotor.....

Sungai kat KL mmg kotor giler,aku rase sebab dulukan byk kedai mkn tepi sungai kat KL tu pastu dorang men buang je smph dlm sungai...lagi satu selama berpuluh tahun byk setinggan ade kat KL makin brtambah la sampah dlm sungai....
Untuk menjadikan sungai kite bersih ia mengambil mase yg bertahun....
Jd ape yg kiter semua perlu buat???????????

Sunday 3 July 2011

Traffic jam di Kuala Lumpur

Traffic jam adalah perkara biasa di KL tetapi KL adalah antara bandar yang mempunyai banyak highway/expresway.Tujuan highway dibina adalah memendekkan masa perjalanan dan mengurangkan kesesakan
di jalan yang kecil.
Walaupun terdapat banyak highway kenapa traffic jam sentiasa berlaku??Apakah sebabnya,adakah kerana?

*Perancangan bandar yang tidak sistematik.
*Keadaan jalan yang teruk/Terlalu banyak simpang dan bottleneck.
*Terlalu banyak kenderaan di jalan raya.
*Pengangkutan awam yang mundur.

Semua ini memainkan peranan yang penting dan berkaitan tetapi tidak diberi perhatian yang serius.Contohnya apabila perancangan bandar yang tidak sistematik tanpa memikirkan opsyen jalan yang akan di lalui apabila sesuatu kawasan perumahan dibina akan mengakibatkan penambahan kenderaan di jalan raya tersebut dan pengangkutan awam yang mundur dan hanya tertumpu di satu atau dua laluan sahaja contohnya LRT/KTM komuter.Ini diburukkan lagi dengan gerabak yang sedikit apabila waktu puncak dan masa menunggu yang lama.Diharapkan kerajaan dapat menyelesaikan masalah ini kerana Wawasan 2020 tidak akan tercapai jika perancangan bandar,keadaan jalan yang teruk dan pengangkutan awan yang mundur.

Thursday 30 June 2011

Jalan raya di sekitar Kuala Lumpur masih teruk!


'Sudah la jalan kat KL asik jam je jalan raya plak mcm nk makan org,berlubang sini sana.Lubang dh la bsr pastu bleh panjang lak lubang tu mcm nk wat batas tnm sayur.Mcm kat dpn psr borong Selayang(Under DBKL) bleh wat tmpt parking lak kt tepi jln besar makin jem la jln tuuu!!Aku byk kali lalu situ kol 6am jln sesak gle,3pm pun trafic jam dpn Warta Lama lalu mlm pun sesak jgk,klau hujan siap banjir jln tu TP MCM XDE PIHAK YG BRTANGGUNGJAWAB NMPK XKAN NK KNE COMPLAIN BRU NK BUAT KEJE!!!! APE PUN TAK BOLEH LA!!
Dengan masalah kesesakan lalu lintas yang tidak pernah selesai ditambah lagi keadaan jalan yang kualitinya boleh dipersoalkan menyukarkan penduduk ibu kota menjalani kehidupan dengan selesa.
Banyak jalan raya di sekitar ibu negara yang teruk berlubang, bertampal dan tidak rata.
Keadaan permukaan jalan yang beralun dan tidak rata boleh menjejaskan keadaan tayar kenderaan sehingga boleh menyebabkan risiko berlakunya kemalangan.

Kerosakan jalan berhampiran Pasar Borong Lama Selayang dan Jalan Setapak-Wangsa Maju jelas menunjukkan bahawa kualiti jalan raya di ibu negara masih rendah.
Begitu juga jalan lain di sekitar ibu negara seperti Jalan Jelatek, Jalan Ampang menuju ke KLCC dan Chan Sow Lin amat menyedihkan.
Ini tidak termasuk jalan-jalan sekitar kawasan perumahan ibu negara yang menghadapi masalah serupa.
Kebanyakan jalan rosak disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan tidak sempurna.
Jika jalan raya menjadi ukuran, Kuala Lumpur sememangnya belum setanding dengan bandar raya terkemuka dunia lain seperti Tokyo, London atau New York bahkan Singapura sekalipun.